HomeUtamaCOVID-19 : Kes Sporadik Semakin Tinggi Di Sabah

COVID-19 : Kes Sporadik Semakin Tinggi Di Sabah

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Peratusan kes sporadik atau tidak diketahui punca jangkitan di negeri ini dilihat semakin tinggi apabila hampir 39 peratus daripada 639 kes baharu COVID-19 dikenal pasti di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes sporadik berlaku kerana kelalaian untuk tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika bergaul atau berada di khalayak ramai.

“Adalah dikhuatiri peralihan negeri Sabah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi berkemungkinan akan meningkatkan lagi risiko jangkitan virus secara sporadik.

“Adalah amat diharapkan keseluruhan masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa bagi mengelak jangakitan virus COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pembukaan semula sempadan daerah dan peralihan Sabah ke Fasa 3 PPN meletakkan tanggungjawab keatas setiap orang untuk menjadi banteng barisan hadapan dalam usaha membanteras virus COVID-19.

Katanya, keberkesanan pengambilan vaksin dapat dilihat daripada kategori pesakit yang dilaporkan setiap hari.

“Mereka yang telah divaksin (lengkap) memiliki imuniti yang lebih tinggi dan jika dijangkiti hanya akan berada dalam kategori pesakit 1 dan 2.

“Pada hari ini, cuma dua orang pesakit sahaja dalam kategori 5 manakala bagi kategori 4 pula seramai lima orang. Pesakit-pesakit dalam dua  kategori ini adalah mereka yang memerlukan penjagaan rapi kesan jangkitan virus COVID-19.

“Dalam masa yang sama mereka juga berkemungkinan mengalami penyakit-penyakit lain atau belum menerima vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, daripada 639 kes yang direkodkan hari ini, sebanyak 350 kes atau 55 peratus adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, baki dari jumlah itu merupakan kes-kes yang didaftar lewat sekurang-kurangnya dua hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Antara daerah yang terlibat ialah Kota Kinabalu yang mencatatkan 76 kes lewat didaftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui, Penampang 44 kes, Kota Belud 49 kes dan Papar 21.

“Cuma tiga orang dalam Kategori 3, 546 orang (85.5 peratus) dalam Kategori 2 dan 56 orang (8.8 peratus) dalam Kategori 1. Mereka dalam Kategori 1 lazimnya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan (asymptomatic) dan mereka dalam Kategori 2 pula mengalami simptom ringan seperti batuk, demam atau selesema,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular