PRN SABAH
HomeUtama10 Pegawai Pasukan Pemerhati Sementara Asean Berlepas Ke Kemboja

10 Pegawai Pasukan Pemerhati Sementara Asean Berlepas Ke Kemboja

Read Time:1 Minute, 39 Second

SUBANG – Seramai 10 pegawai daripada augmented Interim Observer Team (IOT) berlepas ke Kemboja hari ini bagi melaksanakan misi pemantauan terhadap perjanjian gencatan senjata antara negara itu dengan Thailand.

Majlis penghantaran pasukan itu disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zahani Zainal Abidin TUDM di Pangkalan Udara Subang, pagi ini.

Beliau berkata, pasukan berkenaan diketuai Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Asri Shukor dari Tentera Darat Malaysia dan turut disertai lima pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara, selain dua pegawai tentera masing-masing dari Indonesia dan Filipina.

“IOT ini ditubuhkan atas jemputan kerajaan Kemboja, manakala rundingan dengan Thailand masih diteruskan. Malaysia selaku lead nation diberi mandat menyelaras misi ini bersama Indonesia dan Filipina, dengan Singapura serta Brunei dijangka menyertai dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas majlis itu.

Menurut ATM, penubuhan augmented IOT adalah langkah sementara sebelum pembentukan pasukan pemantau kekal, ASEAN Observer Team (AOT), seperti dipersetujui dalam Mesyuarat General Border Committee (GBC) pada 7 Ogos lepas.

Pasukan itu akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik berhampiran sempadan Kemboja–Thailand dan beroperasi menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sebelum ini, pemantauan awal telah dilaksanakan oleh Tim IOT ASEAN yang diketuai Penasihat Pertahanan Malaysia di Phnom Penh.

Malaysia juga dipertanggungjawabkan untuk merangka dan membangunkan Terma Rujukan (Terms of Reference – TOR) bagi memastikan mandat augmented IOT dapat dijalankan secara tersusun, berkesan dan berkecuali.

“Misi ini bukan sahaja melibatkan pemantauan teknikal terhadap pematuhan gencatan senjata, malah membawa makna simbolik sebagai lambang solidariti dan komitmen ASEAN dalam menyelesaikan konflik secara aman,” katanya.

ATM turut merakamkan penghargaan kepada semua negara anggota yang terlibat, khususnya Filipina dan Indonesia, atas sokongan serta kerjasama erat dalam menjayakan misi berkenaan.

Malaysia, menurut kenyataan itu lagi, akan terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang ke arah kestabilan dan keamanan serantau melalui pendekatan kerjasama pelbagai hala yang inklusif serta konstruktif.

Penghantaran augmented IOT ke Kemboja diyakini memperkukuh lagi kredibiliti ASEAN sebagai blok serantau yang konsisten memperjuangkan keamanan, dialog dan penyelesaian damai.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular