PRN SABAH
HomeUtamaZara dimarahi dengan kata-kata kasar - saksi

Zara dimarahi dengan kata-kata kasar – saksi

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak keempat memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dia mendengar Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dimarahi dengan kata-kata kasar
“Budu sial, aku injak la kepala ko ni”.

Menurut peguam ibu Zara, Shahlan Jufri, saksi tersebut berkata jeritan pelajar terhadap Zara kuat dan boleh didengari satu dorm.

Shahlan berkata saksi menerangkan bahawa pada malam kejadian, arwah Zara telah dipanggil ke bilik asrama lain untuk ditanya mengenai kehilangan dompet.

“Pada mulanya dua orang pelajar bertanya dengan Zara mengenai kehilangan dompet.

Pada perjumpaan dua orang pelajar dengan Zara pada masa itu, Zara duduk bersila di atas lantai dan menghadap salah seorang pelajar yang juga duduk
atas lantai.

“Semasa dua orang pelajar berjumpa dengan Zara pada masa itu, beberapa lagi orang pelajar tiba-tiba masuk dorm berjumpa dengan Zara.

“Zara masih dalam keadaan duduk bersila semasa beberapa orang lagi pelajar

masuk ke dorm. Beberapa pelajar yang baru masuk dorm tersebut berdiri dan Zara duduk menghadap salah seorang pelajar yang berdiri,” kata Shahlan menceritakan keterangan saksi ke-4 itu.

Tambah Shahlan, saksi juga mengatakan para pelajar-pelajar yang berjumpa arwah Zara selama 20 minit.

“Zara kemudiannya dilihat kembali ke bilik asramanya sendiri.

“Menurut saksi, cuaca malam tersebut adalah ”hujan lebat, kuat angin, ribut”.

Saksi mengatakan warden menyuruh mereka semua naik ke asrama,” jelas Shahlan sambil menambah saksi berkata Zara orang yang baik.

Saksi kanak-kanak keempat yang merupakan saksi ke-12 dalam inkues kematian Zara memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular