PRN SABAH
HomeSukanSCAMRA pacu Sabah sebagai hab pembangunan ragbi negara

SCAMRA pacu Sabah sebagai hab pembangunan ragbi negara

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Dunia ragbi Sabah melakar sejarah baharu menerusi penubuhan Sabah College Asrama Malaysia Rugby Academy (SCAMRA) yang dilancarkan secara rasmi di Maktab Sabah di sini pada Jumaat.

SCAMRA ditubuhkan menerusi cetusan idea Pengetua Maktab Sabah, Suhaimi Basri, bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Halmi @ Along Ghani, dan Penolong Kanan Kokurikulum, Siti Fatimah Rasimin.

Akademi ini menjadi kesinambungan kepada program terdahulu, iaitu Sabah College Rugby Outreach Program (SCROP) dan Sabah College Girls Rugby Integration and Internationalization Program (SCGRIIP) yang telah diperkenalkan sejak 2015.

Program pembangunan ragbi Maktab Sabah sebelum ini telah berjaya melahirkan bintang berkelas kebangsaan, antaranya Marytheresa Raj Thevaraj (Kapten Malaysia B-20), Nurnatasya Esnadi (pingat perak Asia B-21, Korea), dan Annelie Lyokie Aloysius (pingat gangsa Asia B-18, Nepal).

Penaung SCAMRA, Datuk Mohamad Arif Tun Sakaran, berkata akademi itu merupakan satu lagi ‘milestone’ dalam pembangunan ragbi Malaysia.

“SCAMRA dibina dengan pendekatan inklusif, bukan sahaja untuk mengekalkan kecemerlangan pasukan lelaki, tetapi juga memperkukuh skuad wanita agar Sabah terus menjadi pencetus kecemerlangan ragbi negara,” katanya.

Melalui kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah serta kelab Sabah Lioness Rugby Club (wanita) dan Sabah Osca Warriors Rugby Club (lelaki), SCAMRA akan melaksanakan program Talent Identification (TID) di seluruh Sabah.

Seramai 10 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan yang dikenal pasti berbakat akan ditempatkan di Asrama Malaysia (AMAL) Maktab Sabah bermula sesi persekolahan 2025/2026.

Penubuhan SCAMRA diyakini mampu melahirkan lebih ramai pemain ragbi muda bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, seterusnya mengangkat martabat Sabah sebagai hub pembangunan ragbi utama di Malaysia. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular