PRN SABAH
HomeUtamaDulu doktor selamatkan nyawa saya, kini giliran saya untuk berbakti - Ikhwan

Dulu doktor selamatkan nyawa saya, kini giliran saya untuk berbakti – Ikhwan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : “Kalau bukan kerana seorang doktor yang menyelamatkan nyawa saya sejak lahir, mungkin saya tidak berada di sini hari ini,” kata Ikhwan Al Muntadzir Ahmad Muldjamil, 19.

Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dilahirkan dengan masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan kolostomi hanya tiga hari selepas dilahirkan. 

Anak kelahiran Lahad Datu itu berkata, hidupnya tidak pernah sunyi daripada rawatan dan pemeriksaan doktor selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Namun katanya, pengalaman itu menjadi pembakar semangat untuk dirinya menuntut ilmu dalam bidang perubatan, dengan satu matlamat iaitu berbakti di hospital suatu hari nanti.

“Seorang doktor pernah selamatkan saya, dan saya rasa saya juga perlu jadi insan yang memberi harapan kepada orang lain.

“Itulah antara harapan saya selepas tamat pengajian dan bekerja di hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji sempena Minggu Suai Mesra (MSM) UMS sesi 2025/2026 di Dewan Canselor UMS di sini pada Selasa.

Majlis turut dihadiri Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur.

Ikhwan berkata, walaupun berdepan cabaran dengan keadaan fizikal, beliau tidak menjadikannya alasan untuk berputus asa.

Katanya, sokongan keluarga dan kemudahan mesra pelajar di UMS menjadi penyokong utama dalam meneruskan perjalanan akademiknya.

“Sebelum ini saya adalah graduan asasi UMS dan perasaan terujalah. Sebab ini kali kedua saya masuk tapi dengan pengalaman yang baru dengan langkah-langkah yang baru,”‘katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular