PRN SABAH
HomePRNFokus matlamat besar, bukan populariti - Razali Razi

Fokus matlamat besar, bukan populariti – Razali Razi

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Kekuatan sebenar jentera pilihan raya terletak pada fokus terhadap matlamat besar serta disiplin berstrategi, bukan sekadar keaktifan atau populariti semata-mata.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, ahli parti dan penyokong diingatkn agar tidak leka dengan imej keaktifan atau pujian semata-mata.

“Pilihan raya lima tahun sekali. Kalau kita terlepas, kita kena tunggu lagi lima tahun. Adakah itu yang kita mahu?.

“Jadi, fokus kepada matlamat besar. Bila kita satu hati, insyaAllah, kemenangan akan jadi milik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengukuhan Jentera Gagasan Rakyat Darau di sini pada Ahad

Kursus yang diadakan itu adalah sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Razali yang juga Setiausaha Agung parti, berkata, ahli dan penyokong parti perlu menumpukan perhatian terhadap jumlah undi sebenar yang boleh diperoleh daripada setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Kita dilihat sebagai parti paling aktif, betul. Tapi jangan syok sendiri, jangan minta puji, di hujungnya belum tentu. Yang penting adalah sekeping kertas undi bertanda ‘X’ untuk GRS,” katanya.

Beliau menekankan keperluan untuk bergerak secara sistematik, mengenal pasti pengundi yang belum didekati dan menggerakkan kempen akar umbi secara menyeluruh.

“Malam-malam di kedai kopi bukan untuk cerita hal orang, tapi untuk cari undi. Rajin tidak menjamin kemenangan, tapi yang menjamin kemenangan ialah undi sebenar daripada 33,000 pengundi Darau,” katanya.

Razali turut menyeru semua jentera untuk memberi keutamaan kepada arahan Pengarah Pilihan Raya Bahagian, agar semua gerak kerja pilihan raya dilakukan secara tersusun dan berdisiplin.

“Kalau mahu menang, satu hati, dekau atai. Semua kita tinggalkan, fokus GRS, GRS, GRS. Itulah yang kita bawa ke setiap pelosok kampung,” katanya.

Antara kawasan tumpuan disebut beliau termasuk Kampung Likas, Bangka-Bangka, Rampayan, Darau, Kalansanan, Warisan dan Kemberian, yang menjadi benteng kekuatan Gagasan Rakyat di Darau.

Dalam ucapannya, Razali turut mengingatkan jentera supaya tidak terpengaruh dengan dakyah media sosial, sebaliknya kekal aktif turun padang mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Jangan terpengaruh dengan TikTok, jangan terpengaruh dengan Facebook kerana yang betul adalah orang yang turun ke kampung, mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kemenangan hanya akan tercapai melalui kekuatan akar umbi, keikhlasan berkhidmat, serta keberkatan Allah SWT.

“Insya-Allah, kalau kita bersedia dengan keredaan dan rahmat Allah, insyaAllah Darau kita menang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancongan Sabah sumbang RM6.58 bilion setakat September 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular