PRN SABAH
HomeUtamaRibut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah petang ini

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah petang ini

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di beberapa kawasan di Sabah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati berikutan amran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang); Pantai Barat (Ranau); Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan)

Turut dilaporkan mengalami cuaca sama adalah di Kudat dan Pitas.

Amaran itu adalah susulan pengesanan tanda-tanda hujan berintensiti tinggi melebihi 20 mm sejam, yang berpotensi berterusan lebih sejam.

“Amaran ini adalah jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu di sini pada Ahad. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancongan Sabah sumbang RM6.58 bilion setakat September 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular