PRN SABAH
HomePRNPRN17 : SPR akan umum tarikh pilihan raya Sabah selepas mesyuarat khas

PRN17 : SPR akan umum tarikh pilihan raya Sabah selepas mesyuarat khas

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah bersiap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, susulan pembubaran rasmi DUN Sabah Ke-16 yang diumumkan hari ini.

Pengerusi SPR, Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, berkata, SPR mengambil maklum pembubaran tersebut dan akan mengadakan Mesyuarat Khas dalam masa terdekat.

Katanya, ia adalah bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

“SPR telah bersiap sedia untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Menurutnya, tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi akan ditentukan selepas Mesyuarat Khas itu diadakan.

Pembubaran DUN Sabah Ke-16 hari ini sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, bagi memberi mandat baharu kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri bagi penggal seterusnya.

Petang tadi, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan DUN Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Sabah Bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini.

Terdahulu, Hajiji memaklumkan telah menghadap Tuan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada pagi tadi bagi menasihati pembubaran DUN Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ribuan umat Islam hadir solat jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular