PRN SABAH
HomePRNPRN17 : Geoffrey Yong sertai Gagasan Rakyat, tamatkan 30 tahun bersama SAPP

PRN17 : Geoffrey Yong sertai Gagasan Rakyat, tamatkan 30 tahun bersama SAPP

Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh Silar Pinikit

TAMBUNAN: Mantan Timbalan Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) Tambunan, Geoffrey Yong, bersama isterinya Ervena Joan, mengumumkan keluar parti itu selepas lebih tiga dekad bergiat aktif dan memilih untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Keputusan itu diumumkan dalam satu majlis di sini semalam, sekali gus menandakan perubahan besar dalam landskap politik Tambunan, kawasan yang sebelum ini sinonim dengan pengaruh Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diketuai Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Geoffrey berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menilai kepimpinan dan hala tuju perjuangan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Datuk Victor P. Paut, yang juga mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya dan isteri memilih untuk menyertai PGRS kerana yakin dengan arah perjuangan yang dibawa Datuk Victor. Beliau memberi nafas baharu kepada politik Tambunan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian.

Borang keahlian pasangan itu diterima oleh Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Hussein Hassan, disaksikan barisan kepimpinan bahagian termasuk Sylvester Yapas dan Aziz Banting.

Langkah Geoffrey keluar dari SAPP selepas lebih 30 tahun bersama parti berkenaan dilihat sebagai satu isyarat perubahan sokongan terhadap Gagasan Rakyat di kawasan itu. Ia juga mencerminkan peningkatan pengaruh Gagasan Rakyat yang kini muncul sebagai kuasa politik baharu di Tambunan selepas SAPP dan STAR meninggalkan GRS.

Dalam tempoh kepimpinannya, Datuk Victor P. Paut aktif turun padang mendengar permasalahan rakyat di kampung-kampung, termasuk isu pembangunan luar bandar, prasarana asas, peluang ekonomi dan pendidikan generasi muda.

Pendekatan mesra rakyat dan kerja keras beliau membela masyarakat setempat dilihat menjadi faktor utama peningkatan sokongan terhadap Gagasan Rakyat. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular