Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan mengumumkan beberapa tambahan peruntukan bantuan khas covid-19 ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Katanya cadangan tambahan peruntukan bantuan khas COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri untuk pelaksanaan.
“ Moga bantuan ini dapat membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan yang terkesan secara langsung iaitu mereka yang terhenti pendapatan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan” katanya di dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Sebelum itu beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sentiasa prihatin kepada nasib rakyat. PKP 3.0, nasib rakyat sudah pasti tidak akan diabaikan.
Dan bantuan itu akan diumumkan dan diedarkan dalam jangka masa terdekat katanya lagi