HomeUtamaJumlah Vaksinasi Harian Catat Angka Tertinggi, Melepasi 150,000 Dos

Jumlah Vaksinasi Harian Catat Angka Tertinggi, Melepasi 150,000 Dos

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kuala Lumpur : Usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar pemberian  vaksin kepada Rakyat Malaysia terus mencatatkan angka tertinggi dengan lebih 150,000 dos diberikan, semalam.

Ianya Ia sekali gus merealisasikan sasaran kerajaan untuk mencapai kadar suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 150,000 dos sehari, selewat-lewatnya akhir bulan ini, sebelum ditingkatkan kepada 200,000 dos sehari menjelang bulan depan

Perkembangan memberangsangkan itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui laman sosial, hari ini.

Berdasarkan maklumat dikongsikan, seramai 105,722 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 45,587 lagi selesai mendapat suntikan dos kedua, semalam.

Peningkatan jumlah vaksinasi itu turut disokong 276 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang diwujudkan di seluruh negara, selain PPV pandu lalu yang kini semakin bertambah.

Sementara itu jumlah pemberian Vaksin di negeri Sabah menyaksikan 194,204 individu sudah menerima suntikan dos pertama manakala 95,379 individu pula sudah melengkapkan suntikan kos kedua.

Ianya menyaksikan peningkatan 11,783 individu yang menerima vaksin dimana  8,366 individu menerima suntikan dos pertama  dan 3417 dos kedua berbanding data yang dikeluarkan JKAV pada 7 haribulan.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, dipetik sebagai berkata pewujudan PPV pandu lalu akan diperluaskan ke seluruh negara.

Antara PPV pandu lalu yang menjadi perintis ialah di Hospital Universiti Sains Malaysia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, PPV pandu lalu turut diwujudkan di institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, selain bakal dilaksanakan di 19 IPT lain.

Inisiaitif menyediakan kemudahan van vaksinasi juga dilaksanakan di kawasan pedalaman bagi mereka yang berdepan kesukaran dari segi pengangkutan serta warga emas yang tinggal bersendirian.

Hingga kini, kira-kira 2.5 juta penduduk sudah divaksinasi, manakala lebih 12 juta penduduk mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular