HomeIsu tempatanUsaha Baik Pulih Jambatan Runtuh Di Laluan Long Mio Dan Long Pasia...

Usaha Baik Pulih Jambatan Runtuh Di Laluan Long Mio Dan Long Pasia Dipergiat

Read Time:1 Minute, 14 Second

SIPITANG : penduduk di Laluan Long Mio Dan Long Pasia boleh menarik nafas lega apabila jambatan runtuh yang merupakan satu-satunya laluan keluar yang dilaporkan runtuh baru-baru ini kini sudahpun mencapai 60 % pembaikan .

Laluan yang menjejaskan  Lebih 1,000 penduduk di Kampung Long Pasia dan Long Mio di Sipitang  itu kini di dalam usaha pembaikan di mana dijangkakan ianya bakal mencapai status 80% siap di dalam jangka masa terdekat.

Dilaporkan kenderaan berpacuan 4 roda kini sudahpun boleh melalui laluan terbabit dengan bantuan syarikat konsesi selenggara jalan yang turut  membantu mempercepatkan lagi usaha untuk menyiapkan jambatan runtuh berkenaan.

Berikut antara gambar ekslusif yang diberikan kepada kami:

jentera berat sedang menyediakan laluan sementara di laluan berkenaan
jentera berat sedang menyediakan laluan sementara di laluan berkenaan
Kenderaan pacuan 4 roda yang dibantu jentera berat melalui laluan berkenaan bagi membolehkan penduduk membawa pesakit ke Hospital Sipitang

Kami sebelum ni melaporkan Jambatan yang menghubungkan kampung Long Mio dan kampung Long Pasia di Sipitang Sabah yang runtuh ekoran hujan lebat serta banjir  baru-baru ini,  akhirnya berjaya disambungkan semula dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sementara menantikan satu jambatan konkrit yang kekal dapat dibina di lokasi berkenaan oleh syarikat konsesi terabit.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di dua kampung berkenaan tidak dapat keluar ke pekan Sipitang bagi mendapatkan bekalan keperluan harian atau ke Hospital Sipitang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setiap minggu.

Jarak Kampung Long Pasia dan Long Mio dari pekan Sipitang adalah kira-kira 128km.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular