PRN SABAH
HomePRNPemuda GRS Ranau sokong penuh calon parti hadapi PRN Sabah

Pemuda GRS Ranau sokong penuh calon parti hadapi PRN Sabah

Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ranau menyatakan sokongan penuh terhadap calon yang akan diketengahkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN) Sabah.

Ketua Pemuda GRS P179 Ranau, Rosdi Abd Ghani berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa pembangunan dan kestabilan kerajaan negeri harus menjadi keutamaan dalam pemilihan calon.

“Pemuda GRS Ranau akan menggembleng tenaga dan menggerakkan jentera akar umbi bagi memastikan kemenangan calon GRS, tidak kira siapa yang dipilih.

“Kita percaya kemenangan bukan sekadar kerusi, tetapi mandat untuk membawa perubahan sebenar kepada rakyat demi masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pemuda GRS Ranau di Pejabat PGRS Ranau, Khamis lalu.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil pemuda daripada komponen parti GRS lain, yang membincangkan gerak kerja serta komitmen menghadapi PRN Sabah bulan depan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menegaskan kerajaan GRS terus memberi tumpuan kepada pembangunan belia sebagai teras kemajuan negeri, selaras dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan untuk memperkasa modal insan agar belia Sabah terus maju dalam pelbagai bidang.

“Ini dapat dilihat melalui bantuan pendidikan negeri Sabah yang meliputi biasiswa, sumbangan pelajar, dana pendidikan, peralatan serta bantuan tunai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular