HomeUtamaKerjasama Semua Pihak Tangani Masalah Dadah Di Sabah

Kerjasama Semua Pihak Tangani Masalah Dadah Di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KARAMBUNAI: Usaha berterusan semua pihak adalah penting bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.  

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini termasuklah komuniti setempat terutamanya di kawasan berisiko tinggi (KBT).

Katanya, sebanyak empat kawasan KBT di Sabah dikenalpasti iaitu di Kota Kinabalu, Keningau, Labuan dan Tawau.

“Kolaborasi di antara jabatan adalah sangat penting bagi membanteras isu serta masalah dadah di negeri ini khususnya.

“KBT di sabah telah mencapai tahap ‘stabilisasi’ dan menunjukkan kesediaan komuniti untuk mengambil tindakan lanjut dalam isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Bengkel Pendayaupayaan Komuniti Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 di Nexus Resort & Spa Karambunai anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) disini semalam.

Hadir sama adalah, Pengarah AADK Sabah, Abdul Hamediee Ibrahim dan Setiausaha Eksekutif PEMADAM Sabah, Josie Ansilmus.

Terdahulu, semasa majlis berkenaan, Shahelmey berkata usaha kesedaran perlu diteruskan bagi meningkatkan keupayaan dalam komuniti setempat menangani isu penyalahgunaan dadah.

“AADK bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan pencegahan kepada pemimpin komuniti, rakan strategik dan rakan pintar agar komuniti berupaya untuk melaksanakan program, dasar dan lain-lain perubahan yang dibangunkan kerajaan untuk mencapai komuniti bebas dadah,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 peserta menghadiri bengkel tersebut dengan melibatkan kawasan-kawasan KBT termasuklah dari daerah Kota Kinabalu,Keningau, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bengkel selama tiga hari itu adalah bertujuan memaksimakan jalinan kerjasama antara agensi terlibat bagi mengekang penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya