PRN SABAH
HomeUtamaPolis Marin dan Jabatan Perhutanan rampas kulit Kayu Tangar bernilai RM70,000

Polis Marin dan Jabatan Perhutanan rampas kulit Kayu Tangar bernilai RM70,000

Read Time:46 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sabah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah berjaya merampas kulit Kayu Tangar dianggarkan bernilai RM70,000 dalam satu operasi di kawasan hutan bakau berhampiran Sungai Terusan Duyung, di sini.

Komander Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan sekitar jam 2.30 petang pada 31 Oktober lalu selepas pihaknya mengesan kegiatan mencurigakan di kawasan tersebut.

“Semasa pemeriksaan, anggota operasi menemui tapak pencerobohan dan pencurian kulit Kayu Tangar. Sebanyak 20 ikatan kulit kayu dipercayai dicuri daripada kira-kira 180 batang pokok telah berjaya dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM70,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen Enakmen Perhutanan Negeri 1968.

Mohd Nazri menegaskan, Pasukan Polis Marin akan terus komited membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan hasil hutan, khususnya di kawasan perairan serta lokasi strategik di Sabah.

Beliau turut mengalu-alukan maklumat dan kerjasama orang awam bagi menyalurkan sebarang aktiviti mencurigakan yang menyalahi undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular