PRN SABAH
HomePRNPBS Sekong siap sedia hadapi PRU Sabah

PBS Sekong siap sedia hadapi PRU Sabah

Read Time:59 Second

SANDAKAN : Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sekong telah menggerakkan sepenuhnya jentera pilihan rayanya sebagai langkah awal menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PBS Sekong, Ng Boen Leng, menegaskan bahawa seluruh jentera parti kini berada dalam keadaan siap siaga dan komited memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong kekal di tangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami telah mengadakan mesyuarat strategi awal dan bersedia sepenuhnya. Jentera kami bersatu dalam satu matlamat — memastikan kemenangan calon GRS, tanpa mengira parti komponen mana mereka berasal,” katanya semasa mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Pemangku Ketua Bahagian PBS Sekong, Bahama Jeffry, dan Naib Ketua Bahagian, Mohd Ismail Sapari, yang turut menzahirkan sokongan terhadap kesiapsiagaan jentera di peringkat akar umbi.

Ng menambah bahawa kekuatan PBS Sekong bukan sahaja terletak pada struktur organisasi yang tersusun, tetapi juga pada semangat perpaduan antara ahli-ahli parti serta sokongan masyarakat setempat.

“Kami yakin, dengan kerjasama erat semua komponen dalam GRS, Sekong mampu menjadi kubu kuat gabungan ini,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan Hari Penamaan Calon pada 15 November 2025, manakala Hari Mengundi akan berlangsung pada 29 November 2025. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular