PRN SABAH
HomePRNN.30 BONGAWANHajiji umum Anifah sebagai calon GRS kerusi DUN Bongawan

Hajiji umum Anifah sebagai calon GRS kerusi DUN Bongawan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Rhea Dharmin

BONGAWAN: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman disahkan bakal menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 kelak.

Perkara terbabit diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Beliau menyatakan keyakinannya dengan meletakkan bekas Ahli Parlimen Kimanis itu di DUN terbabit, GRS bakal memperolehi kemenangan.

“Kalau GRS, parti komponennya, jenteranya mantap, ditambah dengan sokongan rakyat dan bersatu padu, saya yakin Bongawan ini milik GRS dan kita mahu menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan bertempat di Dewan Serbaguna Bongawan, di sini, hari ini.

Katanya, beliau mahu DUN Bongawan yang kini disandang oleh parti pembangkang, kembali diwakili parti kerajaan supaya boleh dimajukan seperti slogan Bongawan Maju.

Selain Bongawan, Hajiji juga menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRU DU Sabah pada 29 November nanti.

Sementara itu, Hajiji mengingatkan pentingnya semua bersatu hati bagi memastikan wujud kestabilan politik di negeri ini yang diterjemahkan menerusi sokongan menjelang PRU DU Sabah kelak.

Menurutnya, jika kembali membentuk kerajaan, pelbagai program ekonomi akan dirancang untuk rakyat sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Berikutan itu, Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mempercayai dakyah pembangkang dan terpengaruh dengan retorik, fitnah dan pembohongan mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular