PRN SABAH
HomeIsu tempatanEnam lot kedai jenis tidak kekal musnah terbakar di Tawau

Enam lot kedai jenis tidak kekal musnah terbakar di Tawau

Read Time:51 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Enam daripada lapan lot kedai sederet jenis tidak kekal di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 pagi sebelum sepasukan 12 anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba kira-kira sembilan minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sederet lapan lot kedai berukuran 70 x 30 kaki persegi.

“Enam lot kedai musnah dengan kemusnahan dianggarkan 80 peratus, manakala dua lagi lot berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebuah kenderaan yang berada berhampiran turut terbakar sebanyak 10 peratus akibat bahangan api.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dan tiga pancutan dengan sumber air dari tangki jentera sejauh 300 kaki.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.25 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 5.58 pagi,” katanya.

Jemishin berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS hargai dedikasi pendidik menerusi penganjuran Minggu Akademia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular