HomePRNN.37 KARANAANPRU Sabah : Masidi seru rakyat pilih GRS demi masa depan anak...

PRU Sabah : Masidi seru rakyat pilih GRS demi masa depan anak Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Rakyat Sabah diseru untuk memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi memastikan masa hadapan anak-anak lebih terjamin dan pembangunan negeri dapat diteruskan.

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rakyat di negeri ini harus berfikir secara inklusif dengan mengambil kira kepentingan bersama serta masa hadapan generasi muda dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Dunia pada masa kini amat kompetitif dan persaingan semakin bertambah. Oleh itu, rakyat perlu membuat keputusan yang lebih teliti dan tidak leka, kerana masa depan anak-anak adalah keutamaan yang sangat penting

“Saya menekankan perkara ini kerana ramai calon dan pihak pembangkang kurang menyentuh mengenai masa hadapan generasi baharu di negeri ini,” katanya ketika ditemui media selepas program Amanat Calon GRS di Pentas Budaya, di sini.

Terdahulu beliau hadir ke Dewan Masyarakat Ranau bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 bagi mewakili GRS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan.

Masidi turut menyatakan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan GRS, pendidikan percuma akan diberikan kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Antaranya di University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS). Inisiatif itu telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini.

Beliau mahu melihat hala tuju dan masa hadapan Sabah menjadi lebih maju dengan adanya lebih ramai, malah berganda, anak tempatan yang berkeupayaan menguruskan negeri ini dari pelbagai aspek.

“Dengan adanya keupayaan ini, kita berasa amat bangga menjadi orang Sabah kerana mampu mengurus negeri sendiri serta memiliki ciri-ciri yang tersendiri.” katanya.

Masidi menyeru pengundi belia untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi demi memastikan masa depan yang lebih terjamin.

“Belia perlu terlibat dalam politik kerana di situlah mereka dapat menentukan hala tuju sendiri.

Masidi akan berhadapan dengan tujuh penjuru yang melibatkan calon-calon lain iaitu Georgina L George (UPKO), Karim Bin Adam (KDM), Nadzimin Kamin (BN), Mohd Anuar Bin Abd Ghani (Star), Mukinin @ Mazlan Bin Daiman (Warisan) dan Naomi @ Neomi Francis (Bebas). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau isu setempat, Shah Alfie seru penduduk jadi ‘mata dan telinga’...

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular