PRN SABAH
HomePRNGRS Lancar Buku Manifesto Dalam PRU DU Sabah ke-17

GRS Lancar Buku Manifesto Dalam PRU DU Sabah ke-17

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Parti Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) petang ini melancarkan Manifesto untuk Pilihanraya Umum Sabah ke-17 petang ini

Manifesto yang mengandungi 4 tema utama iaitu Sabah diutamakan, Sabah melangkah ke hadapan, Sabah Maju Jaya dan juga Sabah Bersatu.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 16 strategi digariskan bagi memastikan pembangunan berlaku secara realistik dan berpaksikan kemampuan fiskal negeri.

“Fokus kita jelas. Pertama, kukuhkan hasil pendapatan negeri. Kedua, tingkatkan keupayaan sosioekonomi rakyat melalui modal insan, peluang kerja bermaruah, perumahan mampu milik dan bantuan sosial,” katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor di SICC hari ini.

Menurut Armizan, pencapaian hasil negeri di bawah GRS sejak 2021 menjadi asas keyakinan rakyat, sekali gus menolak budaya retorik dan janji melampau yang tidak selari dengan realiti kewangan negeri.

Hasil Sabah meningkat daripada RM5.45 bilion pada 2021 kepada RM6.96 bilion (2022), RM6.97 bilion (2023) dan RM6.84 bilion (2024) — lonjakan 90.5 peratus berbanding 2020.

Berikut adalah buku manifesto GRS dalam Pilihanraya kali ini

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular