PRN SABAH
HomePRNN.32 KLIASIsnin tekad terus perkasa infrastruktur demi kesejahteraan penduduk Klias

Isnin tekad terus perkasa infrastruktur demi kesejahteraan penduduk Klias

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh mahu terus memberi tumpuan kepada pembangunan berterusan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau mahu pembangunan itu memberi keuntungan dan membahagiakan rakyat, tanpa janji-janji kosong atau retorik berlebihan.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada isu asas yang menjadi keperluan harian masyarakat, termasuk keadaan jalan ke rumah penduduk, jalan kampung, serta akses ke kebun bagi memudahkan urusan ekonomi setempat.

“Saya tidak janjikan bulan dan bintang. Saya melihat apa yang rakyat perlukan. Walaupun kelihatan kecil, ini keperluan besar bagi mereka untuk menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Manifesto GRS bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah ke-17) pada Isnin di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) di sini.

Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengulas persaingan sembilan penjuru di DUN Klias, beliau tetap optimis untuk mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

“InsyaAllah saya menang. Kerana GRS menang. Kita tidak mendahului takdir Allah, tetapi kita yakin—pertama kepada parti, kedua kepada ahli-ahli yang setia,” jelasnya.

“Jentera GRS di Klias sudah lama bersedia. Dalam dua hari awal kempen, hampir keseluruhan kawasan Klias dikatakan telah dipenuhi poster saya. Sekitar 70 peratus kawasan sudah dipenuhi poster saya. Kita mengharapkan kejayaan besar untuk GRS,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan keyakinannya setelah melihat sambutan luar biasa penyokong pada hari penamaan calon.

“Pekan Beaufort kita tawan sejak penamaan calon lagi. Kehadiran ramai penyokong GRS menunjukkan manifestasi sokongan rakyat kepada GRS,” katanya.

Isnin turut menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan pembangunan yang dekat dengan kehidupan rakyat sebagai asas kepada kemampanan ekonomi dan kesejahteraan komuniti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular