HomePendapatSMJ 2021–2025 Beri Hasil Nyata: Pelaburan, Perdagangan dan Pendapatan Negeri Melonjak

SMJ 2021–2025 Beri Hasil Nyata: Pelaburan, Perdagangan dan Pendapatan Negeri Melonjak

Read Time:5 Minute, 7 Second

oleh Wan Azrain Adnan

Kejayaan agenda pembangunan ekonomi Sabah sering kali di persoal, dan lebih malang lagi, di perlekeh oleh sesetengah pihak. Hakikatnya, ekonomi Sabah telah dapat dirancakkan, walaupun pada kadar yang agak perlahan. Malah, pertumbuhan ekonomi Sabah yang perlahan bukanlah sesuatu di luar jangkaan, memandangkan banyak isu-isu legasi yang mengekang pertumbuhan pesat Sabah masih di dalam proses penyelesaian.

Pembinaan loji air dan penggantian paip air usang di seluruh Sabah, sudah pasti memerlukan masa bertahun-tahun. Pembinaan janakuasa dan rangkaian pembekalan elektrik memerlukan masa bertahun-tahun. Pembinaan dan penambah-baikkan prasarana pendidikan memerlukan masa bertahun-tahun.

Pelaburan dan pewujudan pekerjaan memerlukan masa bertahun-tahun. Apa yang penting, usaha penyelesaian isu-isu legasi berkenaan sudah di lipat-gandakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hasil kerjasama dan kesefahaman Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah. Serta kesepakatan di antara kerajaan, swasta dan masyarakat di seluruh Sabah.

AGENDA SABAH MAJU JAYA 1.0

Pada bulan Mac 2021, Kerajaan Sabah telah melancarkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 – 2025), yang menggariskan hala-tuju dan fokus agenda pembangunan ekonomi dan sosial Sabah. Secara keseluruhan, agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) ini merangkumi 3 elemen utama, iaitu: sektor ekonomi pertanian, perindustrian, pelancongan; modal insan dan kesejahteraan rakyat; jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Fast forward ke tahun 2025. Pada pertengahan bulan Julai 2025, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah telah memaklumkan bahawa agenda SMJ telah berjaya mencapai purata pelaksanaan 94%, setakat bulan Mei 2025.

Secara keseluruhan, 78% (366) daripada 467 inisiatif SMJ telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Kejayaan pelaksanaan ini membuktikan tekad Kerajaan Sabah untuk menyelesaikan isu dan cabaran semasa, bagi kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

Seterusnya, tekad berkenaan ditonjolkan menerusi pembentangkan belanjawan besar setiap tahun bagi merancakkan agenda pembangunan ekonomi dan sosial Sabah. Sepanjang tempoh masa 5 tahun (2021 – 2025), belanjawan yang dibentangkan telah merekodkan lonjakan besar melebihi 40% bagi kedua-dua pendapatan dan perbelanjaan.

Lebih memberangsangkan, belanjawan yang dibentangkan adalah berturut-turut terbesar di dalam sejarah Sabah. Jumlah hasil pendapatan yang meningkatkan hampir 45% jelas menggambarkan ekonomi Sabah yang kekal teguh dan berkembang. Mana mungkin Kerajaan Sabah dapat mengutip hasil pendapatan yang semakin banyak sekiranya ekonomi Sabah tidak berkembang dan tidak beroleh keuntungan besar. Mustahil.

PerkaraBelanjawan 2021Belanjawan 2022Belanjawan 2023Belanjawan 2024Belanjawan 2025
Pendapatan (bilion)RM 4.481RM 4.707RM 5.268  RM 5.737RM 6.445
Perbelanjaan (bilion)RM 4.303RM 4.596RM 5.138  RM 5.701RM 6.421

Manakala, dengan pendapatan yang melonjak tinggi, Kerajaan Sabah dapat meningkatkan jumlah perbelanjaan hampir 50%.

Peruntukkan besar dapat disediakan bagi pelbagai inisiatif untuk rakyat, antaranya: bantuan pendidikan dan latihan kemahiran, perumahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR). Sepanjang 5 tahun tersebut, Kerajaan Sabah berturut-turut dapat membentangkan belanjawan lebihan atau surplus budget.

PENINGKATAN HASIL NEGERI

Dengan berpegang kepada dasar fiskal yang berhemah, Kerajaan Sabah telah berjaya memperkukuhkan kedudukan kewangan Sabah.

Hasilnya, rizab simpanan wang Kerajaan Sabah telah meningkat besar hampir 130%, dari RM 3.77 bilion (2018) kepada RM 8.6 bilion (2024). Kerajaan Sabah boleh sahaja mengguna-pakai rizab simpanan yang besar ini bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjana sokongan rakyat.

Tetapi, dengan mengambil pendekatan jangka panjang, Kerajaan Sabah terus membina rizab simpanan ini bagi kesejahteraan masa depan Sabah dan generasi akan datang. Ini jelas membuktikan disiplin dan self-restraint Kerajaan Sabah daripada berbelanja sewenang-wenangnya untuk mengejar populariti dan sokongan.

Pada masa sama, saiz ekonomi Sabah telah berkembang dari RM 77.8 bilion (2020) kepada RM 84.3 bilion (2024). Malah, ada sektor ekonomi Sabah yang telah merekodkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan. Sebagai contoh, pada tahun 2024, sektor Pembinaan Sabah telah merekodkan pertumbuhan besar 18.8%, ke-3 tertinggi di Malaysia selepas Johor (42.7%) dan WP Kuala Lumpur (21.1%). Manakala, pada tahun 2023, sektor Pembuatan Sabah telah merekodkan kadar pertumbuhan tertinggi di Malaysia, iaitu 4.4% berbanding kadar nasional 0.7%.

Perkembangan saiz ekonomi ini seiring dengan pencapaian pelaburan dan perdagangan Sabah. Bagi Separuh Tahun Pertama 2025 (Januari – Jun 2025), Sabah telah merekodkan pelaburan diluluskan atau approved investment sebanyak RM 11.4 bilion, ke-5 tertinggi di Malaysia.

Jumlah ini merupakan peningkatan 5 kali ganda berbanding RM 1.9 bilion pada Separuh Tahun Pertama 2024. Sama memberangsangkan, majoriti (RM 7.5 bilion) pelaburan diluluskan tersebut adalah bagi sektor Perkilangan di Sabah.

Malah, dalam tempoh masa 4 tahun (2021 – 2024), Sabah telah merekodkan pelaburan berjumlah RM 35.38 bilion (420 pelaburan), di mana RM 17.42 bilion (52 pelaburan) sudah pun di realisasikan.

Nilai pelaburan yang semakin membesar ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Sabah sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan mesra pelabur. Sehinggakan, Korea Selatan telah menubuhkan Pejabat Konsulat di Kota Kinabalu pada bulan September 2023, bagi memudah-cara pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

PENINGKATAN TRANSAKSI PERDAGANGAN

Sementara itu, Sabah turut merekodkan pencapaian perdagangan yang sangat memberangsangkan.

Bagi 3 tahun berturut-turut (2022 – 2024), jumlah dagangan Sabah telah melepasi RM 100 bilion, tertinggi di dalam sejarah Sabah: RM 87.2 bilion (2021), RM 118.1 bilion (2022), RM 105 bilion (2023), RM 107.8 bilion (2024).

Sepanjang 5 tahun, Kerajaan Sabah tekad untuk membina asas ekonomi yang kukuh, serta meletakkan Sabah di landasan tepat dengan hala-tuju yang jelas. Data sedia ada menunjukkan banyak kejayaan sudah di capai di dalam agenda pembangunan ekonomi Sabah. Justeru itu, Sabah kini lebih bersedia untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, menyeluruh dan konsisten.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia dilaporkan berkata Sabah disasar merekodkan pertumbuhan ekonomi pesat 5.8% setahun sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13: 2026 – 2030).

Menurut beliau, sasaran ini boleh di capai dengan memanfaatkan kelebihan Sabah di dalam sektor agrokomoditi, pertanian, perikanan dan ekopelancongan. Berbanding dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah yang agak perlahan ketika ini, iaitu 1.1% (2024) dan 1.4% (2023), sasaran pertumbuhan 5.8% setahun tersebut merupakan lonjakan yang besar.

Sudah pasti sasaran tersebut di buat berpandukan kejayaan yang sudah tercapai setakat ini, serta asas ekonomi Sabah yang lebih kukuh.

Pencapaian ekonomi Sabah sepanjang 5 tahun lepas jelas memberangsangkan dan wajar di raikan.

Bagi mencapai sasaran untuk 5 tahun mendatang, banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi terus memperkukuh dan mempelbagai asas ekonomi Sabah.

Maka, momentum kejayaan ini mesti di teruskan, bagi pencapaian yang lebih cemerlang.

RELATED ARTICLES
Anwar Ibrahim
Utama

PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular