PRN SABAH
HomePRNN.54 KARAMUNTING'Orang sokong saya sebab saya anggap mereka macam keluarga' - George Hiew

‘Orang sokong saya sebab saya anggap mereka macam keluarga’ – George Hiew

Read Time:1 Minute, 17 Second

KARAMUNTING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin tampil dengan keyakinan tinggi bahawa sokongan rakyat di kawasan itu masih kukuh biarpun sudah dua penggal berkhidmat di situ.

George yang mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) berkata, kekuatannya bukan daripada jawatan, sebaliknya hubungan rapat dengan masyarakat setempat sejak hari pertama menjadi wakil rakyat.

“Bagi saya, saya masih semangat orang kampung. Mereka masih ingat dan sokong saya sebab selama ini saya anggap mereka macam keluarga.

“Dari dulu sampai hari ini, saya rapat dengan mereka. Siapa yang susah, saya bantu. Bila saya turun ke kampung, mereka sambut saya bukan macam orang besar tapi sebagai keluarga sendiri,” katanya ketika Program Santuni Masyarakat di PPH Karamunting, di sini, hari ini.

George berkata, sepanjang enam hari berkempen, beliau telah melawat banyak kampung dan melihat sendiri peningkatan sokongan terhadapnya.

Jika diberi mandat sekali lagi, katanya, fokus utama beliau ialah mengubah Karamunting menjadi pusat pelancongan dan ekonomi berasaskan laut.

Jelasnya, banyak projek yang sudah dirancang dan sebahagiannya sedang berjalan bersama Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan termasuklah menaik taraf Karamunting dari pasar hingga ke Pasir Putih untuk mewujudkan hab makanan laut.

“Sasaran kita adalah menyediakan tempat teratur kepada nelayan kecil untuk memasarkan hasil, mengelakkan orang tengah, meningkatkan pendapatan nelayan seterusnya menarik pelancong untuk menikmati makanan laut.

“Dalam perancangan ini, kita mahu bina jeti nelayan untuk memudahkan nelayan kecil mendaratkan hasil tangkapan mereka.

“Kita mahu lebih banyak pelancong datang ke Sandakan untuk menikmati ‘seafood’ di sini, bukan semua dieksport ke luar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular