PRN SABAH
HomePRNN.70 KUKUSANSamsiah janji utamakan rakyat, sedia pikul amanah di DUN Kukusan

Samsiah janji utamakan rakyat, sedia pikul amanah di DUN Kukusan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi DUN Kukusan, Samsiah Usman, memberi jaminan bahawa beliau akan mengutamakan amanah rakyat dan pucuk pimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

Menurutnya, keyakinan yang diberikan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden PHRS, Tan Sri Liew Yun Fah, adalah satu tanggungjawab besar yang akan dipikul sebaik mungkin.

Beliau berkata, tradisi perkhidmatan Yun Fah di peringkat kampung menjadi teladan kepadanya dalam menjalankan tugas.

“Saya sudah diberi mandat untuk memegang amanah dan mengutamakan rakyat. Seperti kata Tan Sri Liew, kalau calon tidak bekerja, beliau tidak akan ragu-ragu untuk tukarkan pada bila-bila masa.

“Sebab itu saya harap media bantu saya, jika mendapat mandat daripada rakyat, berikan teguran supaya dapat melakukan yang lebih baik seperti yang kita impikan,” katanya ketika temui selepas program Ceramah Berkelompok di Kampung Sri Menanti, di sini semalam.

Mengulas persepsi bahawa beliau dikatakan baharu dalam politik, Samsiah menjelaskan beliau sebenarnya sudah lama terlibat dan berpengalaman sejak 2001.

“Saya pernah menjadi Ketua Puteri cawangan sejak 2001. Jadi bekerjasama dengan rakyat bukan satu masalah. Jika diberi mandat, saya akan teruskan perkhidmatan untuk belia, ibu tunggal dan hak wanita. Semua golongan akan kita rangkumkan supaya mendapat manfaat,” ujarnya.

Beliau menegaskan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan komitmennya adalah memastikan bantuan itu sampai kepada rakyat.

Sementara itu, Yun Fah berkata, beliau yakin Samsiah mampu menjalan tugas dengan baik berdasarkan sentimen rakyat yang mahukan perubahan dan bukan lagi `pak turut’.

“Saya yakin rakyat Kukusan suka pada perubahan. Mereka sudah tahu nilai kuasa mereka menentukan siapa pemimpinnya. Itu sebab saya berani letakkan Samsiah,” katanya.

Menurutnya, keputusan memberi peluang kepada calon muda adalah selari dengan kepercayaannya bahawa belia wajar diberi ruang lebih besar dalam kepimpinan.

“Banyak pemimpin bercakap mahu bagi peluang kepada belia, tetapi tidak pernah diberi. Kali ini kita benar-benar beri. Saya harap beliau bantu parti supaya impian membawa lebih banyak pembangunan di kawasan ini menjadi kenyataan,” jelas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular