PRN SABAH
HomePRNN.14 TAMPARULI1,000 hadir sokong penerus legasi GRS Tamparuli

1,000 hadir sokong penerus legasi GRS Tamparuli

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Raul G

TENGHILAN: Kehadiran lebih 1,000 penduduk Tenghilan di sini, yang tampil membanjiri Program Mega Tenghilan, jelas menunjukkan sokongan terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dr Bonaventure Boniface yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah Ke-17.

Dr Bonaventure, yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli berkata, kehadiran penyokong membuktikan mereka mahu kepimpinan GRS agar diberi mandat bagi meneruskan pentadbiran di kawasan berkenaan.

“Kepimpinan terdahulu yang dibawa oleh penyandang DUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dari Parti Bersatu Sabah (PBS) mewakili GRS memberi makna yang besar kepada penduduk di kawasan DUN ini,

“Maka, sudah wajar kepimpinan legasi GRS perlu diteruskan agar penduduknya terus menerima manfaat dan hasil daripada kepimpinan parti,” katanya ketika ditemui semalam, di Dewan Sekolah Rendah Adventist (SRA), Tenghilan.

Menurut Dr Bonaventure, beliau menghargai kehadiran penyokong yang hadir memberikan sokongan dalm usaha untuk menjadikannya seorang pemimpin.

“Semangat perpaduan inilah yang menjadi asas kepada pembangunan Tamparuli pada masa hadapan,” ujarnya.

Pada PRN17 ini, DUN Tamparuli menyaksikan persaingan 13 calon daripada pelbagai parti politik dan calon bebas.

Selain Dr Bonaventure Boniface dari GRS, turut bertanding adalah Jinitoh Sontori (STAR), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah), Joseph Lee @ Lee Han Kyun (Warisan), Dr Gaim @ James Lunkapis (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).

Selain itu, Parti Kerjasama Anak Negeri meletakkan Arthur Erik Lee manakala Parti Rumpun mencalonkan @ Abdul Aziz.

Lima calon Bebas lain memberi tentangan masing-masing Vun Yun Fook, Samson S. Koroh @ Razali Suffian, Johan Jahid, Andrew Mali, serta Raymond Alfred @ Jenry.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular