HomeIsu tempatan79 kanak-kanak dirai dalam majlis graduasi prasekolah Yayasan Sabah

79 kanak-kanak dirai dalam majlis graduasi prasekolah Yayasan Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Seramai 79 kanak-kanak diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah dan Persembahan Kanak-Kanak anjuran Kumpulan Yayasan Sabah yang berlangsung di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha di sini baru-baru ini.

Majlis penuh warna-warni itu disempurnakan oleh Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman, mewakili Pengarah Yayasan Sabah, yang hadir memberikan sokongan serta semangat kepada para graduan kecil.

Kanak-kanak daripada Taska Ria, Taska Kristal Ria dan Tadika Ria tampil menerima sijil tamat prasekolah mereka, sekali gus menandakan kejayaan awal dalam perjalanan pendidikan masing-masing. 

Daripada jumlah itu, lapan pelajar turut menerima sijil kecemerlangan sebagai pengiktirafan atas pencapaian akademik dan sahsiah yang cemerlang.

Mengangkat tema “Shine Together”, para tetamu dan ibu bapa disajikan dengan persembahan nyanyian serta tarian kreatif yang memukau, menampilkan keyakinan dan bakat kanak-kanak tersebut yang tidak takut beraksi di pentas.

Kumpulan Yayasan Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada semua guru serta ibu bapa atas dedikasi yang diberikan dalam mendidik dan membimbing anak-anak sehingga mereka berjaya menamatkan sesi prasekolah dengan cemerlang.

Majlis itu bukan sahaja menjadi detik penting buat kanak-kanak prasekolah, malah memperlihatkan komitmen Yayasan Sabah dalam menyediakan asas pendidikan awal yang berkualiti untuk generasi masa depan. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Exploring Toxicology 3.0 tingkat kesedaran awal toksikologi dalam kalangan murid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular