PRN SABAH
HomePRNN.01 BANGGISokongan rakyat kepada GRS terus kukuh - Mohamad

Sokongan rakyat kepada GRS terus kukuh – Mohamad

Read Time:1 Minute, 18 Second

TANJONG KAPOR : Kecenderungan masyarakat ketika ini dilihat semakin memihak kepada Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mereka menyedari bahawa parti itu telah banyak memberi sumbangan, bantuan dan membawa perubahan, khususnya di kawasan seperti Pulau Banggi.

Calon GRS kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi Datuk Mohamad Mohamarin berkata, prestasi GRS sepanjang pentadbiran lalu membuktikan pencapaian yang memberangsangkan. 

Namun begitu katanya, kempen pilihan raya masih berbaki beberapa hari lagi sebelum pengundi memberikan maklum balas sepenuhnya terhadap prestasi gabungan itu menjelang 27 atau 28 haribulan ini.

“Apabila kerajaan dan pemimpin sehaluan, insya-Allah segala impian dan keperluan masyarakat dapat direalisasikan dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program rumah kita, kita jaga di DUN Banggi dan Tanjong Kapor yang turut dihadiri Pengerusi Parti GRS, Datuk Seri Hajiji Noor di Dataran Tomborungus, di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai momentum sokongan terhadap GRS di Tanjong Kapor, Mohamad berkata beliau dan calon GRS bagi kawasan tersebut, Datuk Ben Chong, sentiasa berhubung kerana hubungan pentadbiran mereka rapat, memandangkan Pulau Banggi turut berada di bawah Daerah Kudat.

“Kami menetapkan sasaran bahawa sepanjang kempen ini kami tidak akan perlahan atau menurun, sebaliknya akan terus meningkatkan momentum sehingga 28 dan 29 haribulan nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, keyakinan memang wujud dalam setiap calon, namun apa yang paling penting ialah usaha di lapangan yang membuktikan komitmen sebenar kepada rakyat.

“Alhamdulillah, di Banggi kami tidak hanya bergerak mengikut PDM, tetapi turun sendiri dari kampung ke kampung, pulau ke pulau. Penerimaan masyarakat sangat positif,” ujarnya.

Beliau menambah, insya-Allah sokongan tersebut akan terus mengukuh menjelang hari pengundian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular