PRN SABAH
HomePRNN.25 KAPAYANJannie puji komitmen DAP angkat calon wanita

Jannie puji komitmen DAP angkat calon wanita

Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Kapayan, Jannie Lasimbang, melahirkan rasa bangga atas komitmen Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mengetengahkan sehingga 50 peratus calon wanita pada pilihan raya kali ini, hasil perjuangan berterusan bagi memastikan penyertaan wanita benar-benar dihargai dalam politik.

Jannie berkata, usaha memperkukuh kepimpinan wanita dalam parti sudah digerakkan sejak dua tahun lalu menerusi audit jantina yang dijalankan dalam DAP, sebelum parti itu mula menetapkan sasaran lebih tinggi untuk penglibatan wanita.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai komitmen DAP yang memberi ruang sama rata kepada calon wanita dan lelaki pada pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17 kali ini selepas melakukan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah di Hotel Majulan ITCC di sini hari ini.

Di Sabah, katanya, DAP sudah lama menunjukkan kelainan dengan jumlah calon wanita lebih tinggi berbanding parti lain.

“Dalam PRU lalu, kita sudah letak tiga atau empat wanita, iaitu 50 peratus. Kali ini saya minta enam, dapat empat… itu pun sudah melebihi jangkaan saya,” jelasnya.

Menurut Jannie, langkah DAP menggerakkan audit jantina dua tahun lalu menjadi titik mula perubahan besar dalam parti itu.

“Selepas audit, kami bincang bagaimana mahu menambah bilangan wanita. Dalam kongres berikutnya, Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) umum komitmen 30 peratus wanita untuk PRU… itu sesuatu yang mengejutkan dan positif,” katanya.

Tambahnya, keputusan mewajibkan Ketua Wanita DAP menjadi sebahagian daripada pihak yang menentukan calon turut membuka ruang lebih luas kepada wanita.

Mengulas isu lain, Jannie turut mengakui berdepan cabaran besar susulan peningkatan sentimen parti lokal pada PRU DU Sabah kali ini.

“Ya, ini memang satu cabaran besar. Sebagai parti yang selalu dianggap ‘parti Malaya’ atau terikat dengan parti Malaya, saya selalu jelaskan bahawa DAP adalah parti nasional. Malah sejak 1976 lagi DAP sudah bertapak di Sabah dan itu tidak pernah berubah.

“Saya percaya pada perjuangan hak Sabah… 40 peratus hasil, MA63… dan itu juga adalah perjuangan Pakatan Harapan. Saya sendiri orang Sabah dan sudah lama memperjuangkan hak ini.. sumber yang lebih baik untuk Sabah, kerana kita memang sangat memerlukannya.

“Perjuangan autonomi tidak boleh dilakukan sebelah tangan atau hanya oleh parti tempatan semata-mata. Lebih baik kalau ada kerjasama dengan kerajaan Persekutuan. Kita perlu rakan di peringkat Persekutuan yang menyokong kita. PMX pun sudah jelas dalam isu 40 peratus yang diputuskan mahkamah baru-baru ini, beliau setuju dan tidak mempertikaikannya. Ia sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata landskap politik kali ini menyaksikan banyak parti tempatan muncul, termasuk enam parti sedia ada, empat parti baharu serta tiga calon bebas yang turut bertanding di Kapayan. Katanya, kebanyakan pihak cuba menunggangi gelombang sentimen lokal yang semakin kuat.

RELATED ARTICLES
PRNUtama

Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular