PRN SABAH
HomeUtamaBung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah - Shaheizy Sam

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy Sam

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pelakon Shaheizy Sam mengakui abang iparnya Datuk Seri Bung Moktar Radin menunjukkan tanda-tanda kurang sihat dan keletihan pada hari-hari terakhir sebelum pemergian beliau, khususnya ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17.

Katanya, sehari sebelum hari pengundian, mereka sempat berjumpa arwah dan mendapati arwah tidak seperti biasa.

“Memang setiap kali pilihan raya memang saya akan datang sokong arwah dan bantu kempen.

“Jadi pada akhir kempen sehari sebelum mengundi memang nampak dia tidak macam dululah, memang tiada tenaga, penat dan kurang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika hadir di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bagi menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai sifat peribadi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu, Sam mengakui perwatakannya jauh berbeza daripada imej tegas dan agresif yang sering dilihat di Parlimen.

Menurutnya, ketika bersama keluarga, arwah seorang yang sangat lembut, penyayang, dan sabar.

“Apa yang kita nampak dia di Parlimen bukanlah dia sebenarnya. Dekat rumah, beliau sangat berbeza, lembut dengan anak-anak dan keluarga. Jarang sekali kami lihat beliau marah atau tinggi suara,” katanya.

Selain sifat lembutnya, Sam turut menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang yang berdedikasi tinggi terhadap rakyat dan kawasan yang diwakilinya.

“Setiap kali balik kawasan, beliau sanggup bertemu rakyat sehingga larut malam, memastikan setiap orang yang ingin bertemu beliau diberi perhatian.

“Kalau sampai jam 4 pagi pun, beliau akan ada di sana bertemu rakyat. Beliau tidak pernah mengatakan tidak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular