PRN SABAH
HomeUtamaPelancongan Sabah sumbang RM6.58 bilion setakat September 2025

Pelancongan Sabah sumbang RM6.58 bilion setakat September 2025

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sektor pelancongan Sabah merekodkan kedatangan seramai 2,826,390 pelawat bagi tempoh Januari hingga September 2025, meningkat 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,162,459 merupakan pelancong antarabangsa, meningkat 17.2 peratus, manakala 1,663,931 pelancong domestik dengan peningkatan 16.8 peratus.

”Peningkatan ketara tersebut membuktikan keyakinan pelancong terhadap Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya.

“Jumlah pelancong ini dianggarkan telah menjana sehingga RM6.58 bilion kepada sektor pelancongan negeri dan saya percaya trend ini dijangka terus berkembang secara positif dan kukuh menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata semasa Majlis Perasmian Malam Lestari ‘Irama dan Alam’ Rhythm of Kinabalu (ROK) 2025, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya beliau dibacakan  Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr. Andi Md. Shamsureezal Mohd Sainal.

Jafry berkata, penganjuran festival pelancongan dan kebudayaan seperti ROK memainkan peranan penting dalam merancakkan industri pelancongan selari dengan usaha promosi berterusan oleh kerajaan negeri.”Dalam hal ini, program pelancongan budaya harus dipromosikan dan dianjurkan secara aktif dan berkala. 
“Ia sekaligus dapat membantu, merancakkan serta menyokong penjanaan ekonomi artis tempatan, usahawan produk seni budaya, pengusaha kraf tempatan, pengendali makanan dan minuman serta paling penting mempromosikan keunikan negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak agar terus berganding bahu menyokong industri pelancongan negeri bagi memastikan Sabah kekal sebagai destinasi berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program Rhythm of Kinabalu (ROK) 2025 berlangsung selama empat hari bermula Jumaat.

RELATED ARTICLES
Utama

Ewon Benedict Lawat KKIP, Perkukuh Halatuju Pembangunan Industri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular