HomeUtamaRibut petir landa beberapa daerah di Sabah hingga awal pagi Selasa

Ribut petir landa beberapa daerah di Sabah hingga awal pagi Selasa

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Sabah yang dijangka berlaku sehingga jam 1 pagi pada Selasa.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat meliputi Papar dan Ranau serta Sandakan merangkumi Tongod dan Telupid.

Menurut kenyataan itu lagi, ribut petir tersebut berpotensi membawa hujan lebat melebihi 20 milimeter sejam, selain angin kencang yang boleh menyebabkan risiko banjir kilat, pokok tumbang serta gangguan bekalan elektrik.

METMalaysia turut menegaskan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia dan saluran media sosial agensi tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Peniaga, staf didenda miliki produk tidak berdaftar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular