HomeUtamaKesejahteraan rakyat jadi keutamaan utama KKRU – Dr Joachim

Kesejahteraan rakyat jadi keutamaan utama KKRU – Dr Joachim

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan utama dalam setiap pelaksanaan projek dan pembangunan infrastruktur di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, setiap perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur perlu memberi impak langsung kepada kualiti hidup rakyat, khususnya melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik.

“Kita mesti memastikan semua projek yang dirancang dan dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sahaja dari segi kemudahan, tetapi juga dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam sesi taklimat komprehensif pertama bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU), beberapa hari selepas memulakan tugas secara rasmi pada 3 Disember lalu.

Dalam sesi taklimat itu, Dr Joachim diberi penerangan menyeluruh mengenai fungsi teras kementerian, termasuk naik taraf rangkaian jalan raya, penambahbaikan kemudahan awam serta pengurusan utiliti asas seperti bekalan air, elektrik dan perkhidmatan pembetungan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, pelaksanaan projek infrastruktur perlu dilaksana secara cekap, berintegriti dan berkesan agar rakyat dapat menikmati hasil pembangunan yang menyeluruh serta seimbang di seluruh negeri.

Selain itu, Dr Joachim menggesa semua pegawai dan jabatan di bawah KKRU agar terus mengamalkan budaya kerja berpasukan yang mantap demi memastikan semua perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

GLC, Badan Berkanun diarah hantar laporan setiap tiga bulan terus kepada...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular