HomeUtamaMasidi terima, buat semakan terakhir Buku Belanjawan Sabah 2026

Masidi terima, buat semakan terakhir Buku Belanjawan Sabah 2026

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah menerima dan membuat semakan terakhir Buku Belanjawan 2026, yang bertemakan “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”.

Belanjawan 2026 itu akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada jam 3 petang, Jumaat ini (12 Dis).

Buku Belanjawan 2026 itu diserahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Sofian Alfian Nair bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir.

Turut hadir kedua Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ben Chong dan Datuk Mohd Ishak Ayub serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kelonggaran Kod Etika Pemakaian di Kaunter Kerajaan Dibenarkan Untuk Kes Kecemasan,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular