HomeUtamaRM84.40 juta untuk kebajikan dan adat resam anak negeri Sabah

RM84.40 juta untuk kebajikan dan adat resam anak negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kebajikan dan adat resam anak negeri terus mendapat perhatian, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi berkata, Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM84.40 juta bagi perbelanjaan mengurus serta melaksanakan pelbagai program demi memastikan kebajikan dan adat resam anak negeri terus terpelihara.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM69.98 juta diperuntukkan bagi bayaran elaun dan urusan pentadbiran Ketua-Ketua Adat Negeri.

“Sementara itu, RM2.70 juta turut diperuntukkan untuk meneruskan projek pembinaan Mahkamah Anak Negeri di Tamparuli, Sook dan Paitan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2026.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata kerajaan Sabah amat menitikberatkan keadaan institusi-institusi kebajikan seperti Rumah Warga Tua dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya termasuk Pejabat Kebajikan di semua daerah.

“Oleh itu, Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM4.37 juta untuk tujuan pengoperasian dan penyelenggaraan pada tahun hadapan agar institusi-institusi berkenaan dapat berfungsi dengan baik, kondusif dan selamat,” katanya.

Selain itu, Masidi berkata di bawah RMKe-13, siling peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM39.83 juta kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) untuk melaksana sebanyak 12 projek, iaitu lapan projek sambungan dan empat projek baharu.

Sebanyak RM12.69 juta akan diperuntukkan pada tahun hadapan untuk memulakan satu projek baharu iaitu projek pembinaan Taman Didikan Kanak-Kanak Kelainan Upaya di Daerah Nabawan, serta meneruskan lapan projek sambungan.

Seterusnya, Kerajaan Sabah melalui KWKKR turut melaksanakan pelbagai program kesedaran seperti Program Kekeluargaan, Kesihatan, Kepenggunaan dan Program Kepimpinan Wanita dengan peruntukan sebanyak RM960 ribu untuk memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan gaya hidup sihat.

“SebanyakRM550 ribu diperuntukkan kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sabah untuk terus melaksanakan program kesedaran dan pencegahan dadah terutamanya kepada pelajar, belia dan masyarakat pada tahun 2026,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bazar Durian Sabah : Peminat ‘raja buah’ nikmati buah terus dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular