HomeUtamaSLDB sasar tingkat pengeluaran beras tempatan kepada 60 peratus menjelang 2030

SLDB sasar tingkat pengeluaran beras tempatan kepada 60 peratus menjelang 2030

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA BELUD: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) komited untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan dengan sasaran peningkatan pengeluaran kepada 60 peratus menjelang 2030.

Pengurus Besar SLDB Datuk Syaheddrul R Joddari berkata, usaha itu adalah selaras dengan agenda keterjaminan makanan negeri bagi memastikan bekalan beras tempatan lebih stabil serta mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah

“Setakat ini, sumbangan pengeluaran beras tempatan kita kini ialah 22 peratus. Kami komited untuk meningkatkan angka ini selaras dengan saranan kerajaan negeri.

“Kami berharap usaha ini akan membawa kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan dan kita komited untuk meningkatkan kepada 60 peratus menjelang 2030” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kilang padi di Kampung Timbang Dayang di sini pada Isnin.

Syaheddrul berkata, pihaknya turut merancang untuk menambah kilang pemprosesan padi serta pengembangan aktiviti sawah padi di Sabah bagi menyokong usaha meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran.

Dalam pada itu, Syaheddrul berkata, setakat ini kira-kira 540 ekar kawasan sawah padi terbiar telah berjaya diusahakan semula, dan dengan pengoperasian kilang padi ini, SLDB menyasarkan untuk memperluaskan usaha pemulihan sehingga 1,000 ekar di daerah Tuaran dan Kota Belud .

Katanya, inisiatif itu bertujuan melengkapkan rantaian pengeluaran dan pemprosesan padi, sekali gus meningkatkan kecekapan, pendapatan pesawah serta mengurangkan
kebergantungan kepada bekalan beras luar.

“Kilang ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pemprosesan padi, malah membuka peluang pekerjaan, menambah pendapatan pesawah serta mengurangkan kebergantungan kepada bekalan
beras luar,” katanya.

Beliau berkata, kilang tersebut berperanan memproses hasil tuaian Projek Padi SLDB di daerah Tuaran, Papar dan Kota Belud melibatkan keluasan tanaman semasa kira-kira 540 ekar dengan penyertaan seramai 238 peserta, yang dijangka menghasilkan sekitar 1,100 tan metrik padi bagi setiap musim.

“Selain itu, kilang berkenaan turut membeli hasil tuaian pesawah sekitar Daerah Kota Belud untuk diproses dan dipasarkan sebagai beras tempatan di bawah jenama MEKAR by SLDB.

” Ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan bekalan beras negeri Sabah,” katanya.

Dengan adanya Kilang Padi dan Beras Tempatan MEKAR by SLDB ini mencerminkan usaha berterusan SLDB dalam memacu pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui pendekatan pertanian mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi. – SABAH MEDIA / FOTO SLDB

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan percepat pelaksanaan MA63, 16 perkara masih tertunggak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular