HomeUtamaPerbuatan khianat bawa padah, lelaki didenda RM5,000

Perbuatan khianat bawa padah, lelaki didenda RM5,000

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Tindakan menyimbah cecair merah berbau petrol ke atas sebuah kereta dan rumah kediaman membawa padah apabila seorang lelaki didenda RM5,000 atau lapan bulan penjara oleh mahkamah hari ini.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tertuduh, Shahrul Iqmal Saidin, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat.

Mengikut pertuduhan, Shahrul didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berwarna merah ke atas kereta dan rumah kediaman milik seorang lelaki, sehingga menyebabkan kerugian melebihi RM25.

Kesalahan itu dilakukan pada 2 Januari lalu, kira-kira jam 12.50 tengah hari, di Taman Khidmat, Jalan Kolam Luyang, dekat sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu yang berada di dalam rumahnya terhidu bau seakan petrol sebelum keluar dan mendapati terdapat cecair berwarna merah di perkarangan hadapan rumahnya.

Pemeriksaan lanjut mendapati kereta milik pengadu turut disimbah cecair berwarna merah yang bercampur bau petrol.

Fakta kes turut mendedahkan terdapat dua keping nota yang ditampal pada cermin hadapan kereta dan pagar rumah, masing-masing mengandungi nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan pembayaran hutang.

Pengadu yang bimbang akan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan untuk siasatan lanjut, yang akhirnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Murray Hunter Tarik Balik Artikel, Mohon Maaf Terbuka Berhubung Dakwaan Terhadap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular