HomeUtamaGelombang kedua banjir : Penduduk dinasihat bersedia lebih awal - Ruslan

Gelombang kedua banjir : Penduduk dinasihat bersedia lebih awal – Ruslan

Read Time:59 Second

BEAUFORT: Gelombang kedua banjir dijangka berpotensi berlaku di beberapa buah kawasan di daerah ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekali gus mendorong penduduk agar sentiasa berwaspada dan membuat persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata,  banjir yang melanda daerah itu sebelum ini telah berlarutan lebih 12 hari sehingga menyebabkan beberapa laluan utama terputus, sekali gus menyukarkan pergerakan serta bekalan keperluan asas penduduk.

“Walaupun kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir, bantuan itu kebiasaannya hanya mencukupi untuk tempoh sekitar seminggu.

“Justeru, penduduk disaran menyediakan stok makanan dan barangan keperluan asas lebih awal sekiranya gelombang kedua banjir berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas banjir di Zon Suasa dan Bangkalalak di sini pada Rabu 

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, penduduk terjejas kini masih dalam fasa pemulihan pasca banjir, termasuk menangani kesukaran mendapatkan sumber kewangan serta hasil pertanian yang terjejas akibat bencana tersebut.

Terdahulu, lebih 1,000 mangsa banjir di daerah ini menerima bantuan bakul makanan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendekatan proaktif perkukuh keselamatan dan kebersihan Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular