HomeUtamaMasidi terima kunjungan hormat delegasi syarikat tenaga multinasional dari Amerika Syarikat

Masidi terima kunjungan hormat delegasi syarikat tenaga multinasional dari Amerika Syarikat

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada delegasi syarikat tenaga multinasional dari Amerika Syarikat (AS), ConocoPhillips, di pejabatnya, hari ini.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Presiden ConocoPhillips Malaysia, Connor Dunn, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan semasa dan potensi kerjasama strategik dalam sektor minyak dan gas, khususnya melibatkan operasi serta pelaburan ConocoPhillips di negeri ini.

Dalam pertemuan berkenaan, Masidi telah diberi taklimat mengenai hala tuju dan perancangan syarikat, termasuk aspek keselamatan operasi, pematuhan peraturan, kelestarian alam sekitar serta komitmen ConocoPhillips terhadap pembangunan industri tenaga yang mampan.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri Sabah dan pemain industri tenaga bagi memastikan sektor ini terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta memberi manfaat berterusan kepada rakyat Sabah.

Kunjungan hormat ini mencerminkan hubungan baik yang terjalin antara Kerajaan Negeri Sabah dan ConocoPhillips serta komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik demi pembangunan sektor tenaga yang berdaya saing dan mampan.

Turut hadir VP Hal-ehwal Kerajaan dan Kejuruteraan Pembangunan ConocoPhillips Malaysia, lan Lim, Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr Dionysia Kibat, Pengarah Eksekutif Upstream SMJ Energy, Datuk Albert Lo dan Pengarah Eksekutif OGSE dan Koprat SMJ Energy, Terry Biusing.

RELATED ARTICLES
Utama

Kami menuntut hak bukan untuk memecah belahkan – Azrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular