HomeUtamaInkues Zara bersambung hari ini

Inkues Zara bersambung hari ini

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Inkues kematian Zara Qairina Mahathir akan disambung semula hari ini.

Sabah Media difahamkan beberapa saksi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan, termasuk pengetua sekolah dan ketua warden.

Setakat 5 Disember tahun lalu, seramai 57 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak inkues bermula pada 3 September lalu.

Prosiding inkues kemudiannya ditangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada perbicaraan melibatkan lima remaja yang didakwa mencederakan Zara, selain tempoh cuti hujung tahun serta pembukaan tahun perundangan pada 16 Januari 2026.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Peguam bagi bapa Zara, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi saksi kanak-kanak pertama ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi saksi kanak-kanak kedua hingga keempat ialah Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Pasukan pegawai pengendali terdiri daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S. Sawayan dan Dacia Jane Romanus.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua peniaga dikompaun, langgar peruntukan undang-undang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular