HomeUtamaDBKK naik taraf Tugu Petagas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

DBKK naik taraf Tugu Petagas sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menaik taraf kemudahan awam di Tugu Peringatan Petagas sebagai persediaan menyambut ketibaan pengunjung sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Ketua Pengarah DBKK, Datuk Sr. Lifred Wong berkata, ia termasuklah kemudahan seperti tandas yang perlu berada pada tahap memuaskan bagi memastikan keselesaan pengunjung di tapak bersejarah itu.

“Kita mengambil kira keperluan pengunjung sekiranya berlaku kehadiran dalam jumlah yang ramai, justeru kemudahan sedia ada perlu dinaik taraf mengikut keperluan semasa.

“Beberapa penambahbaikan sebelum ini telah dilaksanakan hasil peruntukan kerajaan negeri termasuk pembaikan laluan pejalan kaki yang sebelum ini sering terjejas akibat banjir ketika hujan lebat.

“Langkah memastikan infrastruktur awam berada dalam keadaan baik adalah penting bagi mengekalkan imej tapak bersejarah itu sebagai lokasi pelancongan yang berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Upacara Memperingati Mangsa Perang Petagas, di sini pada Rabu.

Tugu Peringatan Petagas merupakan lokasi pembunuhan dan perkuburan ahli-ahli pasukan penentang tentera Jepun digelar Gerila Kinabalu terdiri daripada 324 anak muda pelbagai kaum di Sabah diketuai oleh Albert Kwok.

Upacara Memperingati Mangsa Perang Petagas itu menghimpunkan kira-kira 400 individu melibatkan penyertaan 11 pasukan beruniform.

Istiadat bermula seawal jam 7.30 pagi dan mencapai kemuncak dengan upacara meletakkan kalungan bunga dimulakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut sama meletakkan kalungan bunga ialah Lifred disusuli Pegawai Memerintah Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Alhonsus Rodsung @ Benedect.

Majlis diakhiri dengan tiupan “Last Post”, bertafakur selama 20 saat dan tiupan “Rouse” sebagai penghormatan kepada perwira yang terkorban.

RELATED ARTICLES
Utama

Lagi pendedahan baharu dalam inkues Zara kejutkan Mahkamah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular