HomeUtamaJPSM disaran pertimbang bina pusat latihan pertanian di Beluran

JPSM disaran pertimbang bina pusat latihan pertanian di Beluran

Read Time:1 Minute, 23 Second

BELURAN: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) disaran mempertimbangkan pembinaan pusat latihan tanaman menggunakan teknologi sebagai hab latihan dan pembangunan kemahiran di daerah ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri berkata langkah itu penting dalam meningkatkan kemahiran serta taraf ekonomi masyarakat setempat khususnya golongan B40 bagi jangka masa panjang.

“Sekiranya pihak JPSM dapat melaksanakan di daerah Beluran ini sama ada membina pusat-pusat latihan dan sebagainya, kita menyambut baik dan kita akan memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026 di sini, pada Ahad.

Kursus 10 hari tersebut dikendalikan oleh JPSM dengan kerjasama Global Skill Hub (GSH) dan disertai 20 peserta belia B40 dari daerah Beluran.

Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk berkata, pembinaan pusat latihan itu amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan kemahiran dijalankan secara berterusan, lebih tersusun dan memudahkan penyertaan masyarakat tanpa perlu ke daerah lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan kursus berasaskan teknologi moden seperti Smart Farming IoT dengan menggabungkan sektor pertanian dan penggunaan teknologi digital seterusnya menjadikan Beluran sebagai daerah pertama pelaksanaannya.  

“Ini memberikan satu kelainan dan impak baharu kepada para petani khususnya para peserta kursus dan diharapkan mereka boleh aplikasikan pertanian dengan teknologi lebih moden.  

“Saya juga melihat perkara ini sangat baik untuk kita terus kembangkan, apalagi ianya dilaksanakan dengan mengambil tumpuan sasaran kepada golongan B40 dan juga petani di luar bandar khususnya program ini akan boleh menambah baik dan boleh menambah ekonomi mereka di masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Sabah di Timur Tengah disaran jadi duta pendidikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular