HomeUtamaLelaki didakwa edar MDMA, miliki ketamin

Lelaki didakwa edar MDMA, miliki ketamin

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret hari ini dengan dua pertuduhan mengedar dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan satu pertuduhan memiliki dadah ketamin.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada Syahmirul Syahrir, 24, yang dihadapkan di hadapan dua majistret berbeza.

Di hadapan Majistret Marilyn Kelvin, Syahmirul didakwa mengedar dadah iaitu MDMA seberat 642.7 gram pada 14 Januari tahun ini, jam 11.35 malam, di sebuah bilik di Sadong Jaya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah iaitu ketamin seberat 37.3 gram pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama.

Bagi kes di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, Syahmirul didakwa mengedar 71.3 gram MDMA seberat pada 15 Januari tahun ini di hadapan pencawang SESB, Kg Air.

Majistret Dzul dan Marilyn masing-masing menetapkan 25 dan 30 Mac sebagai tarikh sebutan semula, sementara menunggu laporan kimia.

Tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Yusdi Basri dan Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah dalam prosiding yang berlangsung melalui Zoom.

RELATED ARTICLES
Utama

Sekretariat SMJ perlu perkukuh tadbir urus, penyelarasan agensi – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular