HomeUtamaCuri Kabel Punca Gangguan Bekalan Elektrik

Curi Kabel Punca Gangguan Bekalan Elektrik

Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku malam Ahad lalu berpunca selepas talian dan beberapa pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpelantik mengakibatkan beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku jam 9.11 malam itu melibatkan kerosakan kabel yang mengakibatkan dua pencawang utama terputus bekalan iaitu Pencawang Masuk Utama (PMU) Karamunsing dan Pencawang Pembahagian Utama Kundasang.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, gangguan yang berlaku melibatkan pengguna di sekitar Karamunsing, Kiulu, Pekan Nabalu dan Kundasang dengan anggaran jumlah kehilangan beban sebanyaj 14MW meliputi hampir 13,536 pengguna.

Katanya, susulan kejadian itu, SESB telah melakukan siasatan rapi yang membawa kepada penemuan kesan kabel 66kV milik SESB yang dipotong dan dicuri berdekatan dengan persimpangan lampu isyarat Tanjung Aru.

“SESB amat kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan akan bekerjasama dengan Polis bagi memastikan pelaku dan dalang dapat dibawa ke muka pengadilan selain melaksanakan beberapa inisiatif bersama Polis agar kejadian seumpama ini dapat dibendung,” katanya dalam satu kenyataan disini kelmarin.

Abdul Nasser berkata, kesan daripada insiden curi kabel itu telah menyebabkan ketidakstabilan bekalan ke beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, SESB harus menggunakan kaedah interim dengan menyalurkan bekalan melalui punca bekalan alternatif termasuk meletakkan janakuasa bergerak di lokasi-lokasi strategik untuk memastikan pembekalan elektrik dibekalkan secara berterusan kepada pengguna yang terjejas.

“Kerja-kerja pemulihan kabel yang rosak di seksyen PMU Kota Kinabalu ke PMU Karamunsing tersebut serta penyiapan satu lagi kabel di seksyen PMU UMS ke PMU Karamunsing sebagai punca bekalan tambahan yang lain masih lagi dalam tindakan pembaikan.

“Usaha membaikpulih kabel-kabel 66kV tersebut sedang dilaksanakan dan dianggarkan akan mengambil masa selama dua minggu untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Tambahnya, bagi memastikan bekalan terus dapat diberikan kepada semua pengguna, maka langkah-langkah interim telah dilaksanakan termasuk mengerahkan sebanyak tujuh buah generator bergerak ke beberapa kawasan.

Sehubungan dengan itu, Ir Abdul Nasser berkata sebagai langkah penyelesaian jangka panjang SESB juga sedang giat melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf grid melalui projek pengukuhan pusat (central area reinforcement projects) untuk menggantikan sistem penghantaran 66kV yang usang kepada sistem 132kV di sekitar kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

“Usaha ini akan disusuli dengan mulatugas beberapa Pencawang Masuk Utama (PMU) 132kV yang baru secara berperingkat pada awal tahun hadapan, iaitu PMU Penampang, PMU Kota Kinabalu, PMU Inanam dan PMU Tg Lipat dan akan menstabilkan bekalan elektrik di Kota Kinabalu kelak dengan adanya pelbagai redundansi atau punca bekalan alternatif kelak,” katanya.

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut adalah dinasihat untuk berhubung dengan SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019 852 5427 atau menggunakan aplikasi mySESB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular