HomeUtamaBekalan barang mencukupi sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan di Keningau

Bekalan barang mencukupi sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan di Keningau

Read Time:1 Minute, 36 Second

KENINGAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Keningau memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal di pasaran tempatan.

Ketua Cawangannya, Fadzly Daupin berkata pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina melibatkan 15 jenis barangan kawalan yang menjadi keperluan utama sepanjang musim perayaan.

“Tempoh pelaksanaan skim ini bermula 13 Februari hingga 21 Februari 2026 selama sembilan hari bagi memastikan pengguna mendapat barangan pada harga yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadzly (tiga kanan) bersama anggotanya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di salah sebuah pasar raya di Keningau semalam.

Menurut beliau, pemantauan dan pemeriksaan dilaksanakan secara berterusan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Keningau bagi memastikan pematuhan terhadap penetapan harga maksimum serta mengelakkan sebarang bentuk manipulasi harga dan bekalan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan persediaan menghadapi bulan Ramadan turut diberi perhatian melalui pemeriksaan ke atas pemborong dan peruncit barangan keperluan asas.

“Hasil pemantauan mendapati bekalan barangan adalah stabil dan mampu memenuhi permintaan pasaran tempatan,” katanya.

Bagi tempoh satu Januari hingga 30 Januari 2026, sebanyak 2,468 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan premis perniagaan di kawasan bandar dan luar bandar. Pemeriksaan itu merangkumi operasi khas seperti Ops Tiris, Ops Kesan 5.0 serta pemeriksaan harian berkaitan bekalan dan harga barangan kawalan bersubsidi dan keperluan asas lain.

Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 16 kes diambil tindakan di bawah akta yang dikuatkuasakan KPDN Cawangan Keningau. Nilai rampasan direkodkan sebanyak RM168.40, manakala jumlah kompaun dikeluarkan adalah RM4,100. Sebanyak tujuh aduan turut diterima dan semuanya telah diselesaikan sepenuhnya.

Sehubungan itu, KPDN meminta orang ramai menyalurkan sebarang aduan lengkap melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eaduan.kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800, e-mel [email protected], aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03-8882 6088 atau 03-8882 6245, atau secara bertulis ke pejabat KPDN berhampiran.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah raikan ketibaan pelawat antarabangsa, perkukuh imej destinasi utama negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular