HomeUtamaAmaran angin kencang, hujan lebat di Sabah bermula esok

Amaran angin kencang, hujan lebat di Sabah bermula esok

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca tidak menentu susulan luruan angin monsun yang diramal berlaku selama lima hari bermula esok sehingga 23 Februari.

MetMalaysia memaklumkan fenomena tersebut berpotensi membawa cuaca lebih lembap dengan kejadian ribut petir serta hujan lebat berterusan, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh berkenaan.

“Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Februari 2026,” menurut kenyataan itu.

Justeru itu, orang ramai terutama komuniti pesisir pantai dan nelayan dinasihatkan agar lebih berwaspada serta merancang aktiviti laut dengan mengambil kira faktor keselamatan.

MetMalaysia turut menggesa orang awam supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan serta aplikasi myCuaca bagi memastikan perkembangan semasa dapat dipantau dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Seorang Anggota Bomba Dilaporkan Cedera Ketika Operasi Pemadaman Kebakaran Babit 7...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular