HomeUtamaTawau daerah terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa melebihi 5,000 orang

Tawau daerah terbaharu dilanda banjir, jumlah mangsa melebihi 5,000 orang

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Tawau menjadi daerah keempat di Sabah yang diisytihar sebagai kawasan bencana banjir menjadikan keseluruhan jumlah mangsa terjejas meningkat seramai 5,141 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, mangsa terjejas termasuk di Kota Marudu; Pitas dan Paitan itu melibatkan sebanyak 2,160 keluarga.

Semua mangsa yang terjejas di empat daerah berkenan kini berlindung di 28 buah pusat penempatan sementara (PPS) yang diaktifkan.

Pitas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 2,120 orang melibatkan 1,054 keluarga yang kini berlindung di 10 buah PPS.

Di Kota Marudu, jumlah seramai 1,929 orang melibatkan 781 keluarga juga turut kekal dan masih berlindung di empat buah PPS.

Manakala di Paitan, seramai 847 orang melibatkan 270 keluarga kini kekal berlindung di 12 buah PPS yang diaktifkan sebelum ini.

Daerah terbaharu iaitu Tawau merekodkan jumlah mangsa seramai 245 orang melibatkan 55 keluarga dan satu PPS turut diaktifkan setakat ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MAFFI perluas program Kebun Dapur, sasar keluarga jana pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular