HomeUtamaInovasi infrastruktur dibentang kepada KKRU Sabah

Inovasi infrastruktur dibentang kepada KKRU Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Cadangan pendekatan baharu dalam penyelenggaraan jalan raya dan perlindungan cerun dibentangkan kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) Sabah.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan syarikat kejuruteraan IMT Services Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Seri Lamag, KKRU Sabah, hari ini.

Kunjungan hormat syarikat tersebut bertujuan memperkenalkan kepakaran serta penyelesaian kejuruteraan yang ditawarkan, khususnya melibatkan perlindungan infrastruktur, penstabilan cerun dan teknologi penyelenggaraan jalan yang lebih mampan serta tahan lasak.

Dalam sesi itu, IMT Services Sdn Bhd menyampaikan pembentangan terperinci kepada menteri dan pegawai kementerian mengenai teknologi, produk dan pendekatan inovatif yang mampu disumbangkan ke arah penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan kemudahan utiliti di Sabah.

Antara yang diketengahkan termasuk kaedah penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) serta sistem perlindungan cerun bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

Joachim yang juga merupakan Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, mengalu-alukan komitmen syarikat yang tampil menawarkan teknologi serta kepakaran baharu bagi membantu kerajaan negeri menangani isu-isu infrastruktur, khususnya di kawasan luar bandar dan daerah-daerah yang berdepan cabaran geografi serta keadaan cuaca.

Beliau berkata kementerian sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan rekod prestasi baik, selaras dengan komitmen kerajaan negeri memastikan pembangunan infrastruktur lebih berkualiti, selamat dan mampan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Pertemuan berakhir dengan perbincangan dua hala yang konstruktif sekali gus membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara kementerian dan IMT Services Sdn Bhd pada masa hadapan.

Turut hadir Setiausaha Tetap KKRU Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus; Setiausaha Politik kepada Menteri, Dr Bonaventure Boniface; serta beberapa pegawai kanan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

SEDIA pelengkap strategik Hala Tuju Sabah Maju Jaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular