HomeUtamaMahkamah Tinggi Tolak Cabaran Petros Terhadap Tuntutan Jaminan Bank RM7.95 Juta Oleh...

Mahkamah Tinggi Tolak Cabaran Petros Terhadap Tuntutan Jaminan Bank RM7.95 Juta Oleh Petronas

Read Time:1 Minute, 7 Second

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang mencabar tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), sekali gus mengesahkan kesahan tuntutan tersebut.

Peguam mewakili Petronas, Datuk Dr Cyrus Das, berkata mahkamah mendapati Petros gagal menunjukkan bahawa tindakan Petronas menuntut jaminan bank itu adalah tidak wajar atau bercanggah dengan undang-undang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, dengan Petros diwakili Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong.

“Mahkamah berpendapat tuntutan jaminan bank oleh Petronas adalah sah dan tidak terdapat asas untuk menghalangnya,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Menurut Cyrus, mahkamah turut memutuskan bahawa isu perlembagaan yang dibangkitkan Petros berkaitan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) Sarawak berada di luar skop saman pemula yang difailkan.

Beliau menjelaskan bahawa persoalan perlembagaan tersebut sepatutnya diputuskan di Mahkamah Persekutuan, dan Petronas dijangka memohon kebenaran pada 16 Mac ini bagi merujuk perkara berkenaan ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

Dalam keputusan sama, mahkamah turut mengarahkan Petros membayar kos guaman sebanyak RM50,000 kepada Petronas.

Sebelum ini, Petros memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang Petronas daripada menuntut jaminan bank tersebut, dengan alasan Petronas tidak mempunyai lesen sah di bawah DGO 2016 Sarawak untuk beroperasi di negeri berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembedahan otak dalam keadaan sedar pertama berjaya dilaksanakan di Hospital Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular