HomeUtamaSeorang lelaki maut terkena tembakan ketika memburu di Ulu Kukut

Seorang lelaki maut terkena tembakan ketika memburu di Ulu Kukut

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas dipercayai terkena tembakan ketika menjalankan aktiviti memburu di kawasan Hutan Simpan Stesen SAFODA, Ulu Kukut, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt. Shahrudin Mat Husain, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.17 malam melalui panggilan MERS 999.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan mangsa terjatuh dari pokok semasa memburu dan tidak sedarkan diri.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 5.2 kilometer dari Pejabat Ladang SAFODA. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan badan yang dipercayai akibat kesan tembakan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Siasatan lanjut mendapati mangsa keluar memburu bersama seorang lelaki berusia 35 tahun pada awal pagi hari kejadian. Susulan itu, polis telah menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

“Temu bual awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Polis turut merampas selaras senapang jenis bakakuk serta beberapa barangan lain bagi tujuan pemeriksaan forensik dan analisis balistik.

Permohonan reman telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis

RELATED ARTICLES
Utama

TH pantau konflik Iran, keselamatan bakal jemaah haji diutamakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular