HomeUtamaLelaki didakwa rogol wanita sindrom down

Lelaki didakwa rogol wanita sindrom down

Read Time:40 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 21 tahun yang menghidap sindrom down.

Tertuduh yang berusia 25 tahun, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Hurman Hussain selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 November 2023, antara jam lebih kurang 9 malam hingga 9.15 malam, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung dalam daerah Ranau.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 April untuk pengurusan kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap remaja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular